Sunday, February 1, 2009

Land Slide on 30.01.2009


















Tanggal 30.01.2009, telah terjadi sekali lagi kejadian tanah runtuh. Kini ia berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri yang mana juga merupakan kampung halaman saya sendiri. Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit kali ini merupakan yang ketiga di mana kali pertamanya berlaku sekitar tahun 1994. Pada tahun 1994, kejadian yang sama juga telah menimpa kampung ini di mana ia telah menenggelamkan sebuah rumah dan merosakkan beberapa rumah lain. Rumah yang telah habis ditenggelamkan ialah kepunyaan Encik Abu Bakar yang merupakan ketua kampung itu sendiri. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian ini berlaku selepas hujan lebat seharian tanpa henti yang pada masa yang sama telah menyebabkan banjir berlaku di kampung itu.

Seterusnya pada tahun berikutnya, terjadi lagi buat kali kedua, satu runtuhan kecil juga telah meranapkan sebuat rumah tetapi juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kali ini merupakan runtuhan yang paling teruk sejak tahun 1994. Sekali runtuhan sahaja telah meranap and merosakkan sebanyak 6 buah rumah dan sekaligus menyebabkan ramai yang kehilangan tempat tinggal. Rumah yang paling teruk anda perhatikan di dalam gambar di atas juga merupakan rumah kepada Encik Abu Bakar yang mana telah mengalami nasib yang sama menimpa keluarganya pada kejadian tanah runtuh tahun 1994. Tiada harta yang sempat di selamatkan cuma nyawa masing-masing. Kini mereka ditempatkan di dewan kampung itu juga buat sementara waktu. (Saya akan upload video yang diambil menggunakan handphone oleh anak kepada Encik Abu Bakar semasa runtuhan itu berlaku yang menyebabkan mereka lari lintang pukang bila saya dapatkan video itu nanti)
Sejuruh kejadian runtuhan tersebut, pihak bomba telah membuat pemeriksaan terhadap struktur tanah di kawasan bukit-bukit tersebut dan mendapati terdapat 3 lagi rekahan yang dalam nya 7-9 kaki dan lebarnya sedepa yang dijangka akan runtuh pada bila-bila masa jika hujan turun lagi.

Oleh yang demikian, pihak polis telah mengeluarkan arahan kepada separuh daripada penduduk kampung tersebut (termasuk keluarga ibu saya) untuk keluar mengosongkan rumah masing-masing buat sementara waktu sehingga arahan selanjutnya. Mereka ditempatkan di dewan kampung itu sendiri.

Sehingga kini, pihak bomba, RELA, dan pihak polis masih membuat rondaan dan pemeriksaan yang ketat terhadap segala kemungkinan yang boleh menyebabkan runtuhan.

Pada 01.02.2009, berlaku lagi runtuhan kecil di hujung kampung yang sama sehingga memaksa pihak berkuasa mengarahkan seluruh penduduk di kampung itu untuk berpindah buat sementara waktu, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.




























































No comments:

Post a Comment